
3.1 Ego
Ego
adalah pusat bagi alam sedar. Ia bertanggungjawab dalam membentuk cara kita
berfikir, merasa, mengamati dan mengingat semula. Ia membantu kita dalam
mengendalikan kehidupan kita sehari-hari. Egolah yang memberi rasa
kesinambungan dan identiti, dan ego jugalah yang menjadi asas bagi cara kita
mengamati dunia dan diri kita sendiri.
3.2 Sikap – Introversi dan Ekstroversi
Semua
individu itu berkembang, ia dipengaruhi oleh dua jenis sikap yang berbeza. Satu
sikap dinamakan oleh Jung sebagai ekstroversi, dan satu lagi introversi. Jung
berpendapat bahawa tenaga dapat disalurkan sama ada ke dunia luar dan ke arah
orang lain ke dalam diri sendiri. Personaliti yang bersikap ekstroversi suka
bergaul, bersikap terbuka, tegas dan peramah. Manakala personaliti yang berbeza
iaitu, introversi pula mempunyai ciri-ciri seperti pemalu, tidak banyak
bercakap, bersendirian dan lebih suka
memikirkan hal-hal peribadi sendiri seperti pemikiran dan perasaan secara
subjektif.
Menurut
Jung, setiap orang berkebolehan untuk memiliki kedua-dua sikap ini tetapi hanya
satu sahaja yang akan mendominasikan personaliti seseorang itu. . Seseorang
akan digolongkan ke dalam salah satu daripada personaliti ini
berdasarkan kepada jenis sikap yang lebih berkuasa dan lebih berpengaruh ke
atas diri seseorang itu. Sikap yang dominan itu akan membentuk tingkah laku dan
perlakuaan seseorang itu. Manakala sikap yang tidak dominan pula diletakkan di
dalam alam tidak sedar, walau bagaimanapun ianya juga boleh mempengarui tingkah
laku seseorang itu.
3.3 Fungsi Psikologi
Jung telah mengenal pasti bahawa terdapat
beberapa perbezaan dalam ekstroversi dan introversi dan ianya dikenali sebagai
fungsi psikologi. Fungsi ini merujuk kepada perbezaan atau jalan yang
bertentangan dengan anggapan atau kerisauan kedua-dua dunia luaran yang
sebenarnya dan dunia dalaman yang
subjektif. Ada
empat fungsi utama yang dianjurkan oleh Jung iaitu deria, intuisi, memikir dan merasa
(Jung,1927).
Seperti juga sikap, keempat-empat
fungsi ini memang wujud dan memang digunakan oleh setiap individu. Bezanya,
tidak semua orang menggunakan kempat-empat fungsi ini dengan cara yang sama dan
dengan cara yang sama banyak. Perbezaan-perbezaan di dalam cara menggunakan
fungsi inilah yang telah menghasilkan personaliti yang berbeza-beza. Bagi Jung terdapat
beberapa jenis sikap di dalam ekstraversi iaitu:
a.
Jenis
memikir – yang membuat tindakan secara logik, dan menghadapi sesuatu situasi itu dengan tenang, objektif dan
rasional;
b. Jenis merasa – yang mengutamakan nilai-nilai
dan aspek-aspek subjektif.
Mereka tidak banyak menggunakan
aspek pemikiran;
c.
Jenis deria – yang mengamati segala-galanya
secara langsung melalui sistem deria;
d. Jenis
intuisi – yang sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan di dalam suatu situasi itu. Tindak tanduknya
tidak terbatas kepada fakta perasaan serta idea semata-mata. Ia benar-benar
dapat melewati semua ini bagi menikmati keseluruhan realiti.
Dalam kategori introversi pula ialah:
- Jenis memikir – lebih tertarik kepada idea-idea daripada berkomunikasi dengan orang.
- Jenis merasa – pendiam, tidak aktif, dan boleh menyelami perasaan dengan mendalam;
- Jenis deria – yang suka mengasingkan diri daripada orang lain dan merasakan diri mereka dalam keadaan tertanya-tanya.
- Jenis intuisi – lebih risau tentang alam tidak sedar daripada kehidupan seharian yang realiti.
Jenis deria dan jenis intuisi diletakkan di bawah
kumpulan yang sama iaitu di kenali sebagai fungsi yang tidak rasional:
kedua-duanya dilakukan tanpa sebarang proses dan sebab. Fungsi jenis ini hanya
menerima pengalaman tanpa menilainya terlebih dahulu. Jenis deria akan meniru suatu pengalaman tanpa mempertimbangkannya
secara waras seperti menyalin terus sebuah gambar atau objek. Jenis intuisi
pula tidak bertindak secara tiba-tiba akibat rangsangan luaran.
Pasangan
yang kedua pula ialah fugsi yang bertentangan dengan pasangan yang pertama tadi
iaitu jenis memikir dan jenis merasa. Kedua-dua jenis ini dikategorikan di
dalam fungsi yang rasional dan ianya melibatkan proses penilaian dan
pertimbangan mengenai pengalaman. Kedua-duanya terlibat dalam menyusun dan
mengkategorikan sesuatu pengalaman. Jenis memikir akan membuat penilaian atau
pertimbangan dalam alam sedar sama ada pengalaman itu betul atau sebaliknya.
Jenis merasa pula akan membuat penilaian dengan meluahkan perasaannya terhadap
sesuatu pengalaman itu dengan keadaan menyukainya, tidak menyukainya, seronok,
merangsangkan atau membosankan.
Melihat kepada idea sikap dan fungsi ini,
kita seolah-olah didedahkan kepada kategori-kategori yang jelas. Sebenarnya,
bagi Jung kategori yang jelas seperti ini tidak wujud. Justeru kerana itu, di
dalam membahagikan individu kepada kategori tertentu sama ada berdasarkan sikap
atau fungsi, kita haruslah melihat sikap atau fungsi yang lebih berkuasa
(dominan) pada diri sesorang itu. Hanya dengan cara sedemikian kita dapat
mengkategorikan individu itu kepada jenis personaliti yang sewajarnya.
Psikik kita mengandungi sebahagian atau
kedua-dua sikap ektroversi atau introversi dan ini bermakna kita berpotensi
untuk memiliki keempa-empat fungsi personaliti tersebut. Walau bagaimanapun
hanya satu pasang daripadanya yang akan mendominasikan personaliti kita sama ada
fungsi yang rasional atau tidak dan yang selebihnya akan ditenggelamkan ke
dalam alam tidak sedar. Seseorang tidak akan memiliki kedua-dua pasangan fungsi
ini kerana ianya adalah berbeza.
3.4
Jenis-jenis Pisikologi
Jung
mengusulkan lapan jenis psikologi , berdasarkan kepada interaksi oleh dua sikap
atau empat fungsinya. Ada
empat jenis psikologi di bawah sikap eksraversi.
Individu yang jenis memikir dalam ekstraversi
akan menjalankan kehidupannya secara tegas dan selaras dengan kehidupan
masyarakat di sekelilingnya. Mereka akan cenderung memendam perasaan dan emosi,
untuk menjadi objektif dalam semua aspek kehidupan dan memiliki pemikiran dan
pandangan yang dogmatik. Individu jenis ini mungkin akan dianggap rigid atau
bersikap dingin. Mereka cenderung untuk menjadi ahli sains kerana mereka lebih
fokus dalam pembelajaran mengenai dunia luar dan menggunakan peraturan yang
logik untuk membincangkan dan memahami
sesuatu.
Jenis merasa
pula lebih cenderung untuk memendam pemikiran mereka dan menjadi lebih
emosional. Individu jenis ini lebih memilih nilai-nilai tradisional dan
nilai-nilai moral yang mereka fikirkan sesuai. Mereka biasanya sensitif dengan
pendapat atau penilaian orang lain terhadap diri mereka. Merka memberi tindak balas
yang cepat mengenai emosi dan boleh
menjalinkan hubungan persahabatan dengan
mudah dan senang untuk bersosial dengan orang di sekeliling mereka. Jung dapati
bahawa individu jenis ini kebanyakannya terdiri daripada wanita berbanding
dengan lelaki.
Jenis
deria pula lebih mementingkan keseronokan dan kegembiraan dan dia akan
berusaha untuk mencari pengalaman baru. Individu sebegini adalah di orientasikan
dengan kuat ke arah dunia yang sebenar dan lebih bersopan-santun dengan
individu yang lain dan dalam keadaan yang berbeza. Mereka tidak mempedulikan
pandangan orang lain terhadap mereka. Individu jenis ini lebih bersifat mesra
dan berkebolehan besar untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
Jenis
psikologi yang terakhir di bawah sikap ekstroversi ialah individu jenis intuisi.
Kebanyakan daripada mereka di dapati berjaya dalam perniagaan dan bidang
politik kerana mereka mempunyai kebolehan besar dalam merebut peluang yang ada
di depan mereka. Individu jenis ini di penuhi dengan idea-idea yang baru dan
ianya menyebabkan mereka lebih kreatif. Mereka mempunyai kebolehan yang besar
dalam memberikan inspirasi atau mendorong orang lain untuk mencapai sesuatu
kejayaan. Mereka juga boleh berubah, bergerak dari satu idea kepada satu idea
yang baru yang lebih mencabar dan membuat keputusan lebih berdasarkan kepada gerak hati daripada
gambaran bayangan. Walau bagaimanapun keputusan yang mereka lakukan
kebanyakannya benar dan baik.
Jenis psikologi yang ada dibawah sikap
introversi pula biasanya bertentangan dengan jenis psikologi yang ada dalam
sikap eksroversi. Jenis memikir di bawah sikap introversi tidak seperti
kebanyakan individu yang lain. Pemikiran individu jenis ini kebanyakannya
bercanggah dengan pemikiran atau idea orang lain. Mereka lebih fokus dalam
pemikiran dan perasaan dan mereka juga lemah dalam membuat penilaian. Mereka
akan merasakan terlalu risau tentang hal-hal peribadi mereka dan memilih untuk
berurusan dengan benda-benda yang abstrak dan teori. Mereka lebih memahami diri
mereka sendiri berbanding orang lain. Mereka yang jenis ini akan dikatakan
degil, tidak mesra, angkuh dan tidak bertimbang rasa.
Jenis merasa
di bawah sikap introversi pula akan memendam pemikiran mereka yang rasional.
Individu jenis ini akan dapat menyelami emosi dengan mendalam tetapi mereka
mengelak untuk mempamirkannya secara zahir. Mereka di lihat sebagai individu
yang penuh dengan misteri dan susah untuk di dekati dan lebih cendrung untuk
mendiamkan diri, sederhana dan bersikap kebudak-budakkan. Mereka juga agak
memahami perasaan orang lain dan lebih suka mengundur diri, bersikap dingin dan
yakin kepada diri sendiri.
Jenis deria
pula nampak lebih pasif, tenang dan tidak banyak terlibat dengan kehidupan
dunia seharian. Individu jenis ini melihat aktiviti seharian manusia sesuatu
yang baik dan sebagai hiburan. Mereka lebih sensitif dan lebih suka melibatkan
diri dalam bidang seni atau muzik dan
cenderung untuk memendam perasaan mereka.
Individu
yang memiliki psikologi jenis intuisi pula amat menitik beratkan mengenai gerak
hati dan mempunyai sedikit hubungan dengan dunia luar yang sebenarnya. Mereka
mempunyai visi yang tinggi dan suka beranggan-anggan. Oleh kerana itu mereka
dianggap sebagai seorang yang aneh dan pelik. Mereka tidak akan menjalankan
kehidupan harian yang sama dengan hari sebelumnya dan akan merancang untuk masa
depan.
3.5
Alam Tidak Sedar Peribadi (Personal Unconscius)
Alam
tidak sedar peribadi yang di utarakan oleh Jung mempunyai persamaan dengan
konsep alam pra-sedar yang di utarakan oleh Freud. Ia adalah takungan
pangalaman-pengalaman ketika kita berada dalam keadaan sedar tetapi telah di lupai
atau di singgkirkan kerana ia di anggap tidak penting dan hanya menggangu kita
sahaja. Di dalam kehidupan sehari-hari, banyak pengalaman yang kita lalui.
Sesetengah daripada pengalaman yang di lalui ini amat menyakitkan, dan kerana
itu ianya ditekan (direpres dan disupresi) ke alam tidak sedar. Kita memerlukan
sedikit fungsi mental untuk mengeluarkannya apabila kita ingin mengigatkannya
semula.
3.6 Kompleks
Dari pengalaman-pengalaman yang telah di kumpulkan, terdapat pengalaman-pengalaman
yang mempunyai unsur-unsur persamaan. Pengalaman-pengalaman sebegini akan
terhimpun bersama menjadi kompleks. Di dalam kompleks ini terdapatlah himpunan
perasaan, persepsi dan kenangan-kenangan yang tersusun.
Di antara
kompleks-kompleks yang mungkin terkumpul termasuklah kompleks keibuan, kuasa,
kesempurnaan, pencapaian, prestij, kawalan dan lain-lain. Kompleks-kompleks ini
pula akan ditekan ke alam tidak sedar. Sungguhpun begitu, oleh kerana ianya
wujud di dalam sistem individu itu, kadang-kadang ia akan mengganggu kehidupan
seseorang itu, kerana kompleks-kompleks ini boleh menjelma ke alam sedar.
3.7
Alam Tidak Sedar Himpunan (Collective Unconscious)
Jika
personal unconscious berkisar di sekitar pengalaman-pengalaman individu, alam
tidak sedar himpunan merupakan pengalaman-pengalaman yang berkisar di sekitar
sesuatu bangsa, keturunan atau pun kaum yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Pada setiap zaman, melalui proses evolusi, manusia mewarisi warisan-warisan
tertentu, dan warisan ini dipendam atau ditekan ke lubuk alam tidak sedar yang
sedalam-dalamnya. Menurut Jung, himpunan pengalaman dalam alam tidak sedar amat
berpengaruh dalam mengawal tingkah laku kita pada masa akan datang. Kita tidak
mewarisi himpunan alam tidak sedar ini secara langsung atau tiba-tiba.
3.8 Arketaip
Pengalaman-pengalaman yang terkumpul di
dalam personal unconscious yang dinamakan oleh Jung sebagai kompleks.
Pengalaman-pengalaman yang terkumpul di dalam collective uncounscious pula
dinamakan sebagai arkitaip. Arkitaip-arkitaip ini kadang-kadang disebut
sebagai: domainants, primordial image, imagos, mythological images dan
behavior patterns.
Di antara
arkitaip-arkitaip yang disebut oleh Jung termasuklah: kelahiran, kelahiran
semula, sihir, juara, (hero), kematian, kuasa, Tuhan, kanak-kanak dan
sebagainya. Arkitaip-arkitaip ini sering terjelma di dalam mimpi dan terdapat
juga di dalam fantasi atau khayalan, cerita-cerita dongeng dan kepercayaan.
Arkitaip-arkitaip seperti ini amat penting kerana ia mengandungi
pengalaman-pengalaman kebijaksanaan sesuatu bangsa melalui zaman ke zaman. Di antara arkitaip-arkitaip lain yang terpenting
dalam teori Jung ialah persona,
anima dan animus, bayangan,
kendiri, sikap dan
fungsi.
Persona
adalah satu bentuk arkitaip yang merupakan topeng yang dipakai oleh setiap
individu untuk memenuhi konvensyen dan tradisi masyarakat, serta juga
keperluan-keperluan arkitaipnya. Semua individu ada dua jenis personaliti –
personaliti peribadi dan personaliti awam. Persona merupakan topeng yang dipakai
bagi mencerminkan personaliti awam mengikut kehendak dan norma masyarakat. Ia
adalah topeng yang dipakai oleh seseorang untuk ditunjuk kepada dunia.
Di dalam
hidup, seseorang memainkan peranan yang berbagai rupa yang ditetapkan oleh
masyarakat, tetapi kadang-kadang ia gagal memenuhi keperluannya sendiri. Bila
kegagalan seperti ini berlaku, maka seseorang itu akan kehilangan erti atau
makna dalam kehidupannya. Dan kerana itu, Keadaan sebegini boleh menimbulkan
masalah bagi dirinya. Ia tidak berjaya dalam memenuhi kehendak-kehendak
personaliti peribadinya yang lebih private dan yang tidak diketahui umum.
Jung
menganjurkan bahawa setiap orang lelaki dan perempuan mempunyai ciri-ciri
kelakian dan keperempuanan. Orang lelaki mempunyai ciri-ciri keperempuanan yang
dinamakan anima. Dengan adanya ciri-ciri ini di dalam diri lelaki, maka orang
lelaki dapat memahami perempuan. Orang perempuan pula mempunyai ciri-ciri dan
sifat-sifat kelakian yang dinamakan animus. Dengan ciri-ciri ini orang
perempuan pula dapat memahami orang lelaki.
Kedua-dua
ciri ini amat penting bagi kedua-dua golongan lelaki dan perempuan. Apabila
mana-mana satu golongan menafikan akan kewujudan ciri-ciri ini, maka akan
lahirlah masalah. Misalnya: ada orang lelaki yang tidak mahu menanggis kerana
bimbang dan takut dikatakan seperti perempuan, walaupun tangisan dapat
mengendurkan ketegangandan kerisauan. Bila ia bertindak, hasilnya ia akan
mengalami kerunsingan emosi.
Bayangan merupakan
arkitaip yang jauh sama sekali terpendam di dalam lubuk Collective
unconscious mempunyai dua sifat utama. Di dalamnya terdapat ciri-ciri yang
jika tidak di hidupkan akan mati tanpa kubur.
Bila
berhadapan dengan bayangan , ego terpaksalah memainkan 2 peranan yang
utama iaitu mengarah dan mengawal bayangan agar
naluri-naluri kebinatangan itu menjadi jinak dan tertib, supaya ia dapat
berinteraksi dengan sewajarnya dengan orang lain dan menggalakkan
bayangan untuk melahirkan keupayaan dan kreativiti yang ada padanya agar
kehidupan individu itu menjadi lebih hidup, segar dan seronok.
Arkitaip
yang terpenting sekali dalam kendiri, kerana ia merupakan kesatuan, keseluruhan
dan kesepaduan personaliti. Ia adalah pusat bagi personaliti dan di sekitarnya
adalah lain-lain sistem himpunan.
Kendiri memberikan personaliti rasa kesatuan dan kestabilan. Sungguhpun begitu,
kendiri tidak akan muncul, selagi sistem-sistem lain belum berkembang dengan
sepenuhnya. Mengikut Jung, kendiri hanya wujud apabila individu berada pada
peringkat pertengahan umur atau middle age.
Dengan
terbentuknya kendiri, maka akan wujudlah pula satu orentasi terhadap masa
depan. Rancangan-rancangan, matlamat-matlamat dan juga penujuan-penujuan
tertentu akan terbentuk dan semuanya akan menuju ke arah nirwana kendiri.
Kendirilah yang mendorong setiap individu untuk berusaha ke arah masa depan.
Kendirilah juga yang menjadikan individu itu unik. Ianya jugalah yang menjadi tenaga pendorong
utama bagi setiap individu.
rujukan
rujukan
Ma’ruf Redzuan
Dan Haslinda Abdullah
(2004). “Psikologi ; Edisi Kedua”.
McGraw-Hill (M)
Sdn Bhd : Selangor Darul
Ehsan
Paulus Budiraharjo
(1997). “Mengenal Teori
Keperibadian Mutakhir”. Kanisius ;
Indonesia.
Schultz. D dan
Schultz. S (2005).
“Theories Of
Personality”. Thomson Wadsworth
: United State
Of Amerika.
BACA JE..?? KOMEN LA CIKIT...