Klien resisten atau menentang
Klien
resisten ini bermaksud klien yang menentang iaitu klien yang tiidak mahu
menerima perubahan. Menurut Brammer (1999), beliau menjelaskan bahawa klien
resisten mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Klien
mengkritik kaunselor atau proses kaunseling
2. Klien
datang lambat ataupun gagal menghadiri sesi kaunseling
3. Klien
berdiam diri
4. Klien
berfalsafah dan ingin menunjuk pandai dalam sesi kaunseling
5. Klien
menamatkan sesi kaunseling lebih awal dari sepatutnya
6. Klien
menggunakan jenaka yang berlebihan
7. Klien
terlalu kerap menggunakan helah bela diri
Menurut
Egan (1998), melihat resisten klien boleh ditangani melalui :
1. Menjelaskan
kepada klien bahawa resisten adalah satu perkara yang biasa dalam terapi dan
pengekalan adalah satu mekanisma bela diri yang penting.
2. Menjelaskan
bahawa resisten klien adalah sesuatu yang positif dan bukannya sesuatu
kegagalan.
3. Elakkan
intervensi yang terlalu proaktif.
4. Galakkan
kerjasama dan penyertaan klien dalam menetapkan matlamat adalah perlu.
Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
1. Jelaskan
batas masa
2. Jangan menganggap keengganan klien sebagai
kegagalan kaunselor
3. Kaunselor
perlu mempunyai sumber dan bahan yang mencukupi
4. Teknik-teknik
seperti konfrantasi, memujuk, modifikasi tingkah laku boleh digunakan bagi
klien yang tidak mengaku mempunyai masalah, tetapi tidak mahu berubah dan yang
takut untuk berubah.
5. Mewujudkankepercayaan
dan empati serta kemesraan terhadap kilen
6. Kaunselor
mengelakkan konfrantasi dan interpretasi yang terlalu awal
7. Jelaskan
tujuan perjumpaan dan kenpa klien dihantar kepada kaunselor, faedah yang
didapati dalam kaunseling jika ada kesediaan bekerjasama di antara klien dan
kaunselor
8. Berikan
jaminan tentang kerahsiaan
Pemindahan (transference) dan pemindahan balik
(countertransference)
Transference merupakan satu proses yang tidak disedari iaitu klien memprojek perasaan dan sikapnya kepada kaunselor ke arah individu yang signifikan di dalam kehidupan mereka. Ianya berasas dari pengalaman awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengulangan dan konflik lalu.
Transference merupakan satu proses yang tidak disedari iaitu klien memprojek perasaan dan sikapnya kepada kaunselor ke arah individu yang signifikan di dalam kehidupan mereka. Ianya berasas dari pengalaman awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengulangan dan konflik lalu.
Isu-isu
yang menyebabkan berlaku countertransferebce adalah seperti berikut :
1. Reaksi
kaunselor yang tidak realistik kepada klien yang mengganggu objektivitinya.
2. Berlaku
apabila keperluan kaunselor berada di dalam sebahagian besar perhubungan
kaunseling atau bila klien mencetuskan luka lama yang belum disembuhi.
3. Memberi
kesan samada positif dan negatif dalam perhubungan kaunseling.
Contoh
bagi ilustrasi countertransference adalah :
1. Anda
banyak persamaan dengan saya
2. Anda
mengingatkan saya pada seseorang
-
Orang ketiga
-
Mangsa penderaan
-
Pelajar nakal
- Kehilangan seseorang
yang disayangi
No comments:
Post a Comment