Peringkat pra-sesi
Pada
peringkat pra-sesi ini, kaunselor perlu mengkaji tentang latar belakang klien
terlebih dahulu. Segala maklumat peribadi mengenai diri klien hendaklah
dikumpulkan secara teratur dan sistematik bagi memudahkan kaunselor memahami
persoalan sebenar klien. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002),
kemahiran pra-sesi adalah kemahiran di mana kaunselor membuat persediaan yang
bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan dan samada
klien tersebut dirujuk atau sukarela. Kaunselor perlu menyemak diskripsi klien
bagi membantu kelancaran proses menolong. Tempat dan situasi yang selesa juga
perlu supaya mereka rasa selamat dan mewujudkan kepercayaan dalam diri.
Peringkat membina hubungan
Kaunselor
perlu membina hubungan terlebih dahulu dengan klien sebelum meneroka masalah
klien kerana hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah
klien. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina
hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang
dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor perlu suasana yang
teraputik, jarak dan ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi
wajah,pandangan atau kontak mata, tahap tenaga, kedudukan dan pergerakan tubuh
badan, senyuman dan nada suara. Menurut Sapora Sipon et al. (2002), kemahiran
ini digunakan oleh kaunselor bagi membawa klien menghadapi realiti dengan cara
menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisan.
Peringkat penstrukturan
Kemahiran
ini dilakukan semasa proses kaunseling bermula dan matlamatnya adalah bagi
menyediakan nada dan struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan. Pada
peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan samada hubungan mereka dapat
diteruskan ataupun tidak. Dalam membuat penstrukturan, ia merangkumi
elemen-elemen seperti kaunselor perlu menerangkan tentang definisi kaunseling,
peranan kaunselor dank lien, etika kerahsiaan dalam kaunseling, matlamat sesi
kaunseling dijalankan dan juga had masa.
Peringkat penerokaan masalah
Pada
peringkat penerokaan masalah ini, kaunselor perlu untuk menggunakan segala
kemahiran yang ada bagi mendorng klien untuk meluahkan masalah mereka. Menurut
Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya
komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang
terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak.
Segala
perasaan tidak logik, tidak rasional samada dalam diri kaunselor atau klien
perlu dikikis dan dihindari dengan segera supaya tidak mengganggu pencapaian
matlamat sebenar. Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat
mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan permasalahan klien. Klien
digalakkan lebih banyak bercakap dan meluahkan perasaan manakala kaunselor
hanya mendorong dan menggalakkan klien untuk terus bercakap.
Peringkat mengenal pasti masalah
Pada
peringkat ini, kaunselor berperanan membantu klien mengenali masalah yang telah
membawa dirinya ke sesi tersebut. dengan mengetahui pelbagai masalah yang
dihadapi oleh klien akan memudahkan kaunselor bagi menentukan langkah bagi
klien mengatasinya.. kaunselor boleh menggunakan pendekatan secara langsung
seperti Inner Circle oleh Lazarus (1998) sekiranya terdapat klien yang sukar
hendak berkongsi pada peringkat awal. Kaunselor perlu membantu klien meletakkan
keutamaan ke atas masalah yang dikenal pasti. Selain itu, kaunselor perlu
membantu klien mengenal pasti antecedent atau pelbagai perkara yang mendahului
masalah, mengenal pasti consequences atau pelbagai akibat masalah dan juga
kemahiran, kekuatan dan sumber bahan yang boleh digunakan bagi membantu kliennya.
Peringkat menentukan matlamat
Sebagai
kaunselor yang professional, perlu untuk menentukan matlamat dalam memberikan bantuan kepada kliennya.
Kaunselor perlu merancang dengan kehendak dan keadaan kliennya sendiri.
Matlamat kaunseling perlu mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor
semata-mata. Walau bagaimanapun, kehendak itu perlu dipersetujui bersama antara
kaunselor dan klien. Mengikut Sheldon,
Eisenberg dan Daniel dalam Sapora Sipon dan Wan Anor (2002), menjelaskan
bahawqa antara matlamat kaunseling adalah membina satu hubungan yang saling
percaya-mempercayai, mewujudkan rasa selamat serta membentuk satu matlamat
kaunseling.
Peringkat alternatif penyelesaian
dan tindakan
Alternatif
adalah pilihan-pilihan yang mungkin atau berkemungkinan langkah yang boleh
diambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Dalam proses kaunseling, alternatif
hanya akan dibincangkan selepas klien dan kaunselor memahami masalah yang
dibincangkan dengan jelas. Ia bermula selepas kaunselor merumuskan permasalahan
dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan yang perlu diambil. Dalam
mencari alternatif yang sesuai, kaunselor perlu melihat kepada potensi yang ada
pada diri klien, kemampuan dan matlamat klien yang ingin dicapai.
Apabila
memilih alternatif untuk jalan penyelesaian masalah, ia perlu berdasarkan
kepada diri klien itu sendiri dan kaunselor hanya sebagai pembimbing. Selepas
mencari alternatif, pelan tindakan yang selanjutnya perlu dibuat bagi
menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil adalah bergantung kepada
alternatif yang dipilih oleh klien. Kaunselor hanya bertindak mengikut arah
alternatif yang dipilih supaya dapat mencapai matlamat klien yang ditentukan
pada awal sesi.
Peringkat penamatan dan susulan
Sesi
kaunseling yang Berjaya perlu mempunyai penamatan yang baik. Kaunselor boleh
memulakan proses penamatan dalam sesi kaunseling dengan menerangkan bahawa
matlamat kaunseling sudah dicapai dan penamatan boleh dilakukan. Penamatan sesi
ini terbahagi kepada dua iaitu penamatan sesi untuk sesi lanjutan dan penamatan
sesi kaunseling keseluruhannya. Menurut
Pietrofesa, Hoffman dan Splete (1984), jika klien membincangkan satu isu baru
pada akhir-akhir sesi, kaunselor boleh mengingatkan bahawa terdapat hanya lima
atau sepuluh minit lagi masa yang tinggal. Ketika ke arah penamatan sesi,
rumusan samada kecil atau besar membantu untuk meringkaskan apa yang sudah
berlaku di dalam sesi kaunseling. Perkara penting dalam penamatan sesi
kaunseling individu adalah merangka sesi yang akan datang jika terdapat sesi
susulan.
share ye bagus info
ReplyDelete