Sunday, 28 October 2012

CHOICE THEORY REALITY THERAPY


Teori CTRT ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Teori ini berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen acting, thinking, feeling dan physiologi. Tugas kaunselor adalah untuk bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien  untuk mengubah tingkah lakunya. Terapi ini dengan sekerasnya menolak konsep sakit jiwa seperti yang diperkatakan dalam teori psikoanalisis. Matlamat terapi ini adalah bagi membantu individu dalam mencapai autonominya dan membantu klien dalam menentukan serta memperjelaskan tujuan-tujuan mereka.
            Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan di dalam terapi realiti, Yang pertama ialah membantu klien untuk mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain.Yang kedua ialah ke arah membantu klien menerima realiti dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih realistik. Seterusnya membantu klien untuk bertindak atau bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab secara realiti dalam mencapai matlamat hidupnya tetapi klien sendiri perlu menentukan apa yang baik bagi dirinya.
Menurut Gladding (1993), Matlamat teori realiti untuk membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya dan membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud, ia juga dapat membantu klien agar lebih mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran. Mengikut Corey(1982) pula, secara holistiknya, matlamat terapi adalah untuk membantu individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan berseronok dan memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

No comments:

Post a Comment