HUBUNGAN
KAUNSELOR DAN KLIEN
v Kaunselor
hendaklah menghormati intergriti dan kebajikan klien.
v Maklumat
yang diperolehi hendaklah dirahsiakan kecuali ianya boleh membahayakan klien
dan orang sekeliling.
v Kaunselor
hendaklah mendapatkan persetujuan daripada klien apabila menyampaikan hal-hal
yang berkaitan dengan klien kepada pihak ketiga.
v Kaunselor
hendaklah berusaha memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
v Kaunselor
juga bertanggungjawab untuk melindungi klien daripada ancaman fizikal dan
trauma psikologi.
v Kaunselor mesti menghormati privasi klien
dalam sesi kaunseling.
v Kaunselor
tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan emosi, seksual atau
kewangannya.
TATALAKU
KAUNSELOR
v Kaunselor
hendaklah menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi menjaga piawaian
dan identiti sebagai seorang kaunselor.
v Kaunselor
hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran dalam bidang profesionnya.
v Kaunselor
hendaklah menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, berdedikasi,
jujur, ikhlas selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
TANGGUNGJAWAB
KAUNSELOR KEPADA RAKAN PROFESIONAL
v Kaunselor
hendaklah menghormati rakan profesionalnya.
v Kaunselor
hendaklah mencegah, menzahir dan memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang
tidak beretika.
v Kaunselor
hendaklah bersedia mempertahankan, membantu serta membela rakan profesional
yang teraniaya akibat tuduhan perlakuan
yang tidak beretika.
TANGGUNGJAWAB
KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT
v Kaunselor
hendaklah memahami dan menghormati nilai sosiobudaya masyarakat ditempat dia
berkhidmat.
v Kaunselor
hendaklah mematuhi undang-undang negara dalam melaksanakan tugasnya.
TANGGUNGJAWAB
KAUNSELOR TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
v Kaunselor
hendaklah mematuhi segala perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi.
v Kaunselor
hendaklah mematuhi polisi dan prosedur organisasinya serta berusaha
meningkatkan kecekapan.
v Kaunselor
hendaklah bertindak mencegah diskriminasi dalam organisasi.
v Kaunselor
tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber dalam organisasi.
v Kaunselor
hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya
dan stafnya.
PERKHIDMATAN
PERSENDIRIAN
Pengiklanan
v Kaunselor
hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara professional dengan memberikan
maklumat yang jelas sebagaimana yang terdapat dalam Bahagian II
Peraturan-Peraturan Kaunselor Berdaftar ( Kelakuan dan Tatatertib) 1999.
v Kaunselor
yang berkhidmat dengan organisasi, tidak dibenarkan menggunakan nama organisasi
untuk mengiklankan perkhidmatan persendiriannya.
Pentadbiran
v Kaunselor
hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 dan peraturan-peraturannya.
Bayaran (fee)
v Kaunselor
hendaklah memberitahu klien terlebih dahulu kadar fee yang dikenakan sebelum
memberi khidmat kaunseling.
Fee yang dikenakan
hendaklah selaras dengan kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor.
No comments:
Post a Comment