Inilah
manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan
dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung,
kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.
1.
Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka
melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi
hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat
bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah
2.
Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki
perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak
menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti
ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan
3.
Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu
apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu
mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram
ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal
4.
Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia
berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia
seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan
itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa
tawadhuk.
5.
Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan
pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran
6.
Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai
aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia
itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai
Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah
mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.
7.
Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak
menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah
menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan
kurang.
Demikianlah
beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua,
amin..
rujukan daripada http://www.ustazamin.com/2008/10/motivasi-iman-2-ubat-hati.html
No comments:
Post a Comment