Teori ini beranggapan bahawa keperibadian dan perilaku yang dimiliki oleh
seseorang timbul daripada pengalaman belajar yang unik. Pengalaman belajar ini
terdiri daripada konteks antara analisis kognitif yang positif dan
peristiwa-peristiwa yang menguatkan secara negatif (Mitchell & Krumboltz,
1984b, hal. 235).
Pengalaman belajar yang
terdiri daripada pengaruh kognitif yang positif dimaksudkan adalah
faktor-faktor berikut:
1) Sifat
pembawaan, seperti bangsa, jantina serta kemampuan bawaan seperti keterampilan,
keintelektualan serta perilaku.
2) Keadaan
lingkungan sosial, seperti kehidupan sosial, pengalaman individu dalam kerja, latihan,
kebijakan sosial serta pengalaman kerja dari orang lain yang mempengaruhi
pemilihan kerja.
3) Pengalaman
belajar di masa lalu, dibahagi kepada 2 jenis iaitu pengalaman belajar asosiasi
yang mana individu mengamati perkaitan antara kejadian dan mampu untuk
meramalkan segala kemungkinan. Pengalaman belajar secara aplikasi akan
menyebabkan individu mampu mengaplikasikan di lingkungan secara langsung dengan
hasil yang dapat diperhatikan.
4) Kemahiran
dalam pendekatan tugas, berkaitan kemahiran individu dalam melaksanakan tugas
baru melalui pengalaman bahawa seperti penyelesaian masalah, kemahiran,
kebiasaan kerja, mental set, respon emosional serta proses kognitif.
Daripada empat
faktor-faktor di atas menyebabkan pengaruh primer yang sangat penting dalam penentuan
kerjaya individu iaitu:
1)
Self observation generalizations
(SOG’s), hal ini merupakan gambaran bahawa individu belajar berdasarkan pada
pengalaman hidupnya yang diperolehi daripada vikarius even atau pengalaman
pribadi.
2)
Worldview generalizations, melihat
gambaran persekitaran secara umum dan percaya bagaimana dunia berfungsi, meniru
persekitaran dan menginterpretasikan
3)
Task approach skill (TAS’s), kemampuan
kognitif dan pencapaian serta kemampuan untuk bersatu dengan persekitaran serta
menginterpretasikan hal tersebut kepada pengamatan diri sendiri, kaitannya
dengan pemilihan kerjaya adalah adanya kemahiran dalam perancangan, pencarian
maklumat, anggaran serta mempertimbangkan nilai kerja.
4)
Tindakan yang diperlihatkan, hal yang
diperlihatkan itu sangat spesifik, yang berhubungan dengan perilaku dalam
pemilihan kerja yang sebabkan pengamatan diri sendiri, penggeneralisasian serta
pendekatan kemahiran dalam tugas di atas tadi, kemudian individu akan
mengetahui kerja yang spesifik dengan kemahirannya. Dengan kata lain, kemajuan
dalam kerjaya seperti menerima kerja yang spesifik.
Salam. mohon untuk ambil sebagai rujukan ya. Jika perlu tindakan lanjut mohon hubungi saya melalui email ini. terima kasih.
ReplyDelete