Konsep Utama
1) Konsep
kendiri
Sama
seperti teori-teori lain iaitu menyatakan bahawa konsep kendiri merupakan
pandangan seseorang tentang diri yang mempunyai banyak elemen seperti
penampilan seseorang, kebolehan, personaliti, jantina, nilai dan kedudukan dam
masyarakat.
2) Imej
pekerjaan
Merujuk
kepada stereotaip pekerjaan (Holland,1992) termasuklah personaliti seseorang
dalam pekerjaan yang berbeza, kerja yang telah dilakukan dan kesesuaian pekerjaan kepada individu yang berbeza.
3) Lakaran
pemikiran tentang pekerjaan (cognitive maps of occupation)
Membentuk
bagaimana remaja dan orang dewasa membezakan pekerjaan ke dalam dimensi utama
khususnya maskulin/feminine, tahap pekerjaan berprestij dan bidang pekerjaan.
4) Ruang
sosial
Merujuk
kepada zon penerimaan alternatif dalam setiap lakaran pemikiran tentang
pekerjaan seseorang atau pandangan setiap orang tentang di mana dia sesuai atau
mahu menyesuaikan diri dalam masyarakat.
5) Batasan
Mencerminkan proses
di mana individu berfikiran sempit apabila membuat keputusan tentang ruang
social atau penerimaan alternatif.
No comments:
Post a Comment