Friday, 12 July 2013

SISTEM MODULAR (TINGKATAN 6)

Bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.

Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.

Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.

1 comment:

  1. Coin Casino – Best Bitcoin Casino - Casinoworld
    Coin casino offers online slots with no 인카지노 deposit 바카라 사이트 and with no deposit bonus codes you can try 메리트카지노 a new online casino with no deposit bonus codes. The

    ReplyDelete