PERLIS
PADANG BESAR

Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini
merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia
yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui
pekan ini dan begitu juga sebaliknya. Stesen keretapi di sini menpunyai
platform yang panjang yang dijaga oleh pihak berkuasa Malaysia di satu hujung
dan pihak berkuasa Thailand di hujung yang satu lagi. Selain dari pusat
pemeriksaan Kastam dan beberapa papan tanda di sini, amat susah untuk membezakan
di mana sebenarnya sempadan tersebut kerana kedua-dua negara mempunyai budaya
yang hampir sama.
Berjalan melewati stesen dan landasan keretapi ini akan
membawa anda ke Pekan Siam iaitu 'syurga' bagi mereka suka tawar menawar harga
barangan. Pekan ini dipenuhi barangan seperti kain, hasil kraftangan, makanan,
buah-buahan dan pelbagai cenderahati. Jangan hairan sekiranya penduduk tempatan
memanggil Padang Besar 'Padang Besaq' kerana ini adalah mengikut loghat
tempatan mereka.

Cara termudah untuk ke Padang Besar ialah dengan menaiki
keretapi malam KTM iaitu Ekspres Langkawi dari stesen Sentral di Kuala Lumpur.
Ekspress Langkawi bertolak setiap hari kira-kira jam 8 malam menuju ke Padang
Besar dan perjalanan memakan masa selama lebih-kurang 10 jam. Batu Pahat dan
Kangar yang terletak hanya 10km dari sini menawarkan hotel bertaraf 2 dan
3-bintang.
UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK,
SILA LAWATI LAMAN INI --> http://destinasipelancongandimalaysia.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment