Sunday, 28 October 2012

CHOICE THEORY REALITY THERAPY


Teori CTRT ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Teori ini berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen acting, thinking, feeling dan physiologi. Tugas kaunselor adalah untuk bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien  untuk mengubah tingkah lakunya. Terapi ini dengan sekerasnya menolak konsep sakit jiwa seperti yang diperkatakan dalam teori psikoanalisis. Matlamat terapi ini adalah bagi membantu individu dalam mencapai autonominya dan membantu klien dalam menentukan serta memperjelaskan tujuan-tujuan mereka.
            Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan di dalam terapi realiti, Yang pertama ialah membantu klien untuk mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain.Yang kedua ialah ke arah membantu klien menerima realiti dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih realistik. Seterusnya membantu klien untuk bertindak atau bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab secara realiti dalam mencapai matlamat hidupnya tetapi klien sendiri perlu menentukan apa yang baik bagi dirinya.
Menurut Gladding (1993), Matlamat teori realiti untuk membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya dan membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud, ia juga dapat membantu klien agar lebih mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran. Mengikut Corey(1982) pula, secara holistiknya, matlamat terapi adalah untuk membantu individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan berseronok dan memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

Saturday, 20 October 2012

FAEDAH KAUNSELING INDIVIDU


1) Banyak pengetahuan asas yang menyokong kaunseling individu dan sebahagian besar teori kaunseling dibina diatas hasil kaunseling individu.
2) Kebanyakan institut latihan menyediakan kaunselor untuk kaunseling individu dan akibatnya kaunselor biasanya berasa selesa dengan kaunseling individu.
3) Lebih mudah untuk menemui seorang pelajar bagi sesi kaunseling daripada bertemu dengan sekumpulan pelajar, terutama di peringkat sekolah menengah.
4) Kaunselor berasa mereka dapat mengawal keadaan dalam kaunseling individu sebab lebih mudah menumpukan perhatian dan fokus kepada perlakuan seseorang individu daripada bilangan ramai.
5) Sesetengah pelajar lebih rela meluahkan fikiran dan perasaan tentang masalah mereka apabila bertemu kaunselor secara bersendiri.
6) Sesetengah isu sosial yang sensitif, termasuk intervensi krisis, lebih baik dibincangkan secara individu daripada dalam kelompok.
7) Kaunseling individu merupakan langkah permulaan kaunseling.
8) Kerahsiaan lebih mudah dijaga dalam kaunseling individu.

Pengalaman ProSPek

      Banyak pengalaman yang telah saya dapat sepanjang menjadi fesi dalam program ProSPek yang dianjurkan oleh kumpulan saya. Sungguh menyeronokkan terutama sekali apabila kita rasa dihargai oleh warga sekolah. pada hari pertama, saya dan kawan-kawan tiba di sekolah sebelum zohor dan sempat untuk setting tempat bagi dewan dan pendaftaran bagi semua pelajar asrama.
        setelah itu, pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar, walaupun tidak semua pelajar yang hadir disebabkan oleh kekangan yang dihadapi namun majlis tetap diteruskan dengan taklimat program oleh pengarah program kami. seterusnya, aktiviti diteruskan lagi dengan slot ice breaking. slot ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana mereka boleh berinteraksi dengan orang lain dengan tanpa rasa segan. setelah itu, satu lagi aktiviti dijalankan iaitu aktiviti yang menggunakan klip kertas. aktiviti ini banyak menonjolkan semangat kerjasama antara pelajar dengan ahli kumpulan mereka.
          pada waktu malam pula, pelajar-pelajar diminta untuk solat berjemaah bagi yang muslim tetapi bagi yang bukan muslim, mereka diminta ke kantin asrama untuk membuat sedikit perkongsian dengan fesi-fesi. selesai solat isyak, pelajar mengikuti sati lagi slot yang menyeronokkan iaitu aktiviti di mana pelajar di minta melakonkan watak ibu tiri dalam satu sketsa menggunakan dielek negeri yang telah ditetapkan oleh fesi. aktiviti ini sangat menyeronokkan dan memerlukan pemikiran kreatif mereka dalam mencipta watak-watak sampingan.
          setelah aktiviti tadi, pelajar-pelajar diberi masa untuk minum malam sebelum slot muhasabah dijalankan. Dalam slot muhasabah ini, dua orang fesi melakonkan watak ibu dan anak yang derhaka manakala lampu di dewan ditutup dan pelajar diletakkan dalam jarak tertentu. setelah lakonan itu, fesi mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh jiwa pelajar-pelajar sehinggakan ramai pelajar yang menangis teresak-esak. setelah dibuka lampu, fesi meminta pelajar tampil ke depan untuk mengemukakan perasaan mereka. 
           seorang demi seorang tampil ke depan dan meluahkan apa yang dia rasa. Sungguh menyedihkan bila mendengar pengalaman mereka sampaikan saya sendiri rasa ingin mengeluarkan air mata, namun saya tahan. setelah selesai proram itu, satu peristiwa yang tida kami jangka telah berlaku kepada seorang pelajar asrama tersebut iaitu salah seorang daripada mereka telah jatuh pengsan kerana terlampau  banyak menangis. kami rasa bersalah terhadap kejadian tersebut dan mujurlah dia hanya pengsan sekejap sahaja. walau apapun yang berlaku, kami bersyukur dia dalam keadaan yang baik selepas itu.
          paginya kami mengadakan senamrobik kepada semua pelajar dan kelihatan pelajar melakukan dengan bersemangat sekali. majlis penutupan ProSPek ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan oleh kami. kami juga amat berterima kasih kepada fesi bantuan yang telah sudi membantu kami. walaupun saya tidak pernah kenal dengan semua fesi bantuan tetapi melalui program ini, kami dapat bekerjasama dengan baik. Alhamdulillah.....tahniah saya ucapkan kepada semua fesi termasuk diri saya sendiri kerana menjayakan program ini. sekian.........tamat di sini sahaja.
             

Sunday, 14 October 2012

PERINGKAT KAUNSELING


Peringkat pra-sesi
Pada peringkat pra-sesi ini, kaunselor perlu mengkaji tentang latar belakang klien terlebih dahulu. Segala maklumat peribadi mengenai diri klien hendaklah dikumpulkan secara teratur dan sistematik bagi memudahkan kaunselor memahami persoalan sebenar klien. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran pra-sesi adalah kemahiran di mana kaunselor membuat persediaan yang bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan dan samada klien tersebut dirujuk atau sukarela. Kaunselor perlu menyemak diskripsi klien bagi membantu kelancaran proses menolong. Tempat dan situasi yang selesa juga perlu supaya mereka rasa selamat dan mewujudkan kepercayaan dalam diri.

Peringkat membina hubungan
Kaunselor perlu membina hubungan terlebih dahulu dengan klien sebelum meneroka masalah klien kerana hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor perlu suasana yang teraputik, jarak dan ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi wajah,pandangan atau kontak mata, tahap tenaga, kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada suara. Menurut Sapora Sipon et al. (2002), kemahiran ini digunakan oleh kaunselor bagi membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisan.

Peringkat penstrukturan
Kemahiran ini dilakukan semasa proses kaunseling bermula dan matlamatnya adalah bagi menyediakan nada dan struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan. Pada peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan samada hubungan mereka dapat diteruskan ataupun tidak. Dalam membuat penstrukturan, ia merangkumi elemen-elemen seperti kaunselor perlu menerangkan tentang definisi kaunseling, peranan kaunselor dank lien, etika kerahsiaan dalam kaunseling, matlamat sesi kaunseling dijalankan dan juga had masa.

Peringkat penerokaan masalah
Pada peringkat penerokaan masalah ini, kaunselor perlu untuk menggunakan segala kemahiran yang ada bagi mendorng klien untuk meluahkan masalah mereka. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak.
Segala perasaan tidak logik, tidak rasional samada dalam diri kaunselor atau klien perlu dikikis dan dihindari dengan segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar. Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan permasalahan klien. Klien digalakkan lebih banyak bercakap dan meluahkan perasaan manakala kaunselor hanya mendorong dan menggalakkan klien untuk terus bercakap.

Peringkat mengenal pasti masalah
Pada peringkat ini, kaunselor berperanan membantu klien mengenali masalah yang telah membawa dirinya ke sesi tersebut. dengan mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh klien akan memudahkan kaunselor bagi menentukan langkah bagi klien mengatasinya.. kaunselor boleh menggunakan pendekatan secara langsung seperti Inner Circle oleh Lazarus (1998) sekiranya terdapat klien yang sukar hendak berkongsi pada peringkat awal. Kaunselor perlu membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang dikenal pasti. Selain itu, kaunselor perlu membantu klien mengenal pasti antecedent atau pelbagai perkara yang mendahului masalah, mengenal pasti consequences atau pelbagai akibat masalah dan juga kemahiran, kekuatan dan sumber bahan yang boleh digunakan bagi membantu kliennya.

Peringkat menentukan matlamat
Sebagai kaunselor yang professional, perlu untuk menentukan matlamat  dalam memberikan bantuan kepada kliennya. Kaunselor perlu merancang dengan kehendak dan keadaan kliennya sendiri. Matlamat kaunseling perlu mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walau bagaimanapun, kehendak itu perlu dipersetujui bersama antara kaunselor  dan klien. Mengikut Sheldon, Eisenberg dan Daniel dalam Sapora Sipon dan Wan Anor (2002), menjelaskan bahawqa antara matlamat kaunseling adalah membina satu hubungan yang saling percaya-mempercayai, mewujudkan rasa selamat serta membentuk satu matlamat kaunseling.

Peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan
Alternatif adalah pilihan-pilihan yang mungkin atau berkemungkinan langkah yang boleh diambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Dalam proses kaunseling, alternatif hanya akan dibincangkan selepas klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas. Ia bermula selepas kaunselor merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan yang perlu diambil. Dalam mencari alternatif yang sesuai, kaunselor perlu melihat kepada potensi yang ada pada diri klien, kemampuan dan matlamat klien yang ingin dicapai.
Apabila memilih alternatif untuk jalan penyelesaian masalah, ia perlu berdasarkan kepada diri klien itu sendiri dan kaunselor hanya sebagai pembimbing. Selepas mencari alternatif, pelan tindakan yang selanjutnya perlu dibuat bagi menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil adalah bergantung kepada alternatif yang dipilih oleh klien. Kaunselor hanya bertindak mengikut arah alternatif yang dipilih supaya dapat mencapai matlamat klien yang ditentukan pada awal sesi.                                  

Peringkat penamatan dan susulan
Sesi kaunseling yang Berjaya perlu mempunyai penamatan yang baik. Kaunselor boleh memulakan proses penamatan dalam sesi kaunseling dengan menerangkan bahawa matlamat kaunseling sudah dicapai dan penamatan boleh dilakukan. Penamatan sesi ini terbahagi kepada dua iaitu penamatan sesi untuk sesi lanjutan dan penamatan sesi kaunseling keseluruhannya.  Menurut Pietrofesa, Hoffman dan Splete (1984), jika klien membincangkan satu isu baru pada akhir-akhir sesi, kaunselor boleh mengingatkan bahawa terdapat hanya lima atau sepuluh minit lagi masa yang tinggal. Ketika ke arah penamatan sesi, rumusan samada kecil atau besar membantu untuk meringkaskan apa yang sudah berlaku di dalam sesi kaunseling. Perkara penting dalam penamatan sesi kaunseling individu adalah merangka sesi yang akan datang jika terdapat sesi susulan.

Friday, 12 October 2012

HALANGAN DALAM KAUNSELING


Klien resisten atau menentang
Klien resisten ini bermaksud klien yang menentang iaitu klien yang tiidak mahu menerima perubahan. Menurut Brammer (1999), beliau menjelaskan bahawa klien resisten mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1.      Klien mengkritik kaunselor atau proses kaunseling
2.      Klien datang lambat ataupun gagal menghadiri sesi kaunseling
3.      Klien berdiam diri
4.      Klien berfalsafah dan ingin menunjuk pandai dalam sesi kaunseling
5.      Klien menamatkan sesi kaunseling lebih awal dari sepatutnya
6.      Klien menggunakan jenaka yang berlebihan
7.      Klien terlalu kerap menggunakan helah bela diri
Menurut Egan (1998), melihat resisten klien boleh ditangani melalui :
1.      Menjelaskan kepada klien bahawa resisten adalah satu perkara yang biasa dalam terapi dan pengekalan adalah satu mekanisma bela diri yang penting.
2.      Menjelaskan bahawa resisten klien adalah sesuatu yang positif dan bukannya sesuatu kegagalan.
3.      Elakkan intervensi yang terlalu proaktif.
4.      Galakkan kerjasama dan penyertaan klien dalam menetapkan matlamat adalah perlu.
      Klien reluctant atau enggan
Klien reluctant merupakan klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa dengan kaunselor. Klien ini ialah klien yang dirujuk oleh orang ketiga yang berada dalam keadaan yang kurang bermotivasi untuk berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor. 
Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
1.      Jelaskan batas masa
2.       Jangan menganggap keengganan klien sebagai kegagalan kaunselor
3.      Kaunselor perlu mempunyai sumber dan bahan yang mencukupi
4.      Teknik-teknik seperti konfrantasi, memujuk, modifikasi tingkah laku boleh digunakan bagi klien yang tidak mengaku mempunyai masalah, tetapi tidak mahu berubah dan yang takut untuk berubah.
5.      Mewujudkankepercayaan dan empati serta kemesraan terhadap kilen
6.      Kaunselor mengelakkan konfrantasi dan interpretasi yang terlalu awal
7.      Jelaskan tujuan perjumpaan dan kenpa klien dihantar kepada kaunselor, faedah yang didapati dalam kaunseling jika ada kesediaan bekerjasama di antara klien dan kaunselor
8.      Berikan jaminan tentang kerahsiaan 
Pemindahan  (transference) dan pemindahan balik (countertransference)
Transference merupakan satu proses yang tidak disedari iaitu klien memprojek perasaan dan sikapnya kepada kaunselor ke arah individu yang signifikan di dalam kehidupan mereka. Ianya berasas dari pengalaman awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengulangan dan konflik lalu.
Isu-isu yang menyebabkan berlaku countertransferebce adalah seperti berikut :
1.      Reaksi kaunselor yang tidak realistik kepada klien yang mengganggu objektivitinya.
2.      Berlaku apabila keperluan kaunselor berada di dalam sebahagian besar perhubungan kaunseling atau bila klien mencetuskan luka lama yang belum disembuhi.
3.      Memberi kesan samada positif dan negatif dalam perhubungan kaunseling.
Contoh bagi ilustrasi countertransference adalah :
1.      Anda banyak persamaan dengan saya
2.      Anda mengingatkan saya pada seseorang
-          Orang ketiga
-          Mangsa penderaan
-          Pelajar nakal
           -     Kehilangan seseorang yang disayangi




TEORI PEMILIHAN KERJAYA KRUMBOLTZ


 Teori ini beranggapan bahawa keperibadian dan perilaku yang dimiliki oleh seseorang timbul daripada pengalaman belajar yang unik. Pengalaman belajar ini terdiri daripada konteks antara analisis kognitif yang positif dan peristiwa-peristiwa yang menguatkan secara negatif (Mitchell & Krumboltz, 1984b, hal. 235).
Pengalaman belajar yang terdiri daripada pengaruh kognitif yang positif dimaksudkan adalah faktor-faktor berikut:

1)      Sifat pembawaan, seperti bangsa, jantina serta kemampuan bawaan seperti keterampilan, keintelektualan serta perilaku.
2)      Keadaan lingkungan sosial, seperti kehidupan sosial, pengalaman individu dalam kerja, latihan, kebijakan sosial serta pengalaman kerja dari orang lain yang mempengaruhi pemilihan kerja.
3)      Pengalaman belajar di masa lalu, dibahagi kepada 2 jenis iaitu pengalaman belajar asosiasi yang mana individu mengamati perkaitan antara kejadian dan mampu untuk meramalkan segala kemungkinan. Pengalaman belajar secara aplikasi akan menyebabkan individu mampu mengaplikasikan di lingkungan secara langsung dengan hasil yang dapat diperhatikan.
4)      Kemahiran dalam pendekatan tugas, berkaitan kemahiran individu dalam melaksanakan tugas baru melalui pengalaman bahawa seperti penyelesaian masalah, kemahiran, kebiasaan kerja, mental set, respon emosional serta proses kognitif.

Daripada empat faktor-faktor di atas menyebabkan pengaruh primer yang sangat penting dalam penentuan kerjaya individu iaitu:

1)      Self observation generalizations (SOG’s), hal ini merupakan gambaran bahawa individu belajar berdasarkan pada pengalaman hidupnya yang diperolehi daripada vikarius even atau pengalaman pribadi.
2)      Worldview generalizations, melihat gambaran persekitaran secara umum dan percaya bagaimana dunia berfungsi, meniru persekitaran dan menginterpretasikan
3)      Task approach skill (TAS’s), kemampuan kognitif dan pencapaian serta kemampuan untuk bersatu dengan persekitaran serta menginterpretasikan hal tersebut kepada pengamatan diri sendiri, kaitannya dengan pemilihan kerjaya adalah adanya kemahiran dalam perancangan, pencarian maklumat, anggaran serta mempertimbangkan nilai kerja.
4)      Tindakan yang diperlihatkan, hal yang diperlihatkan itu sangat spesifik, yang berhubungan dengan perilaku dalam pemilihan kerja yang sebabkan pengamatan diri sendiri, penggeneralisasian serta pendekatan kemahiran dalam tugas di atas tadi, kemudian individu akan mengetahui kerja yang spesifik dengan kemahirannya. Dengan kata lain, kemajuan dalam kerjaya seperti menerima kerja yang spesifik.

Thursday, 11 October 2012

TEORI PERKEMBANGAN ASPIRASI GOTTFREDSON


Konsep Utama
1)      Konsep kendiri
Sama seperti teori-teori lain iaitu menyatakan bahawa konsep kendiri merupakan pandangan seseorang tentang diri yang mempunyai banyak elemen seperti penampilan seseorang, kebolehan, personaliti, jantina, nilai dan kedudukan dam masyarakat.
2)      Imej pekerjaan
Merujuk kepada stereotaip pekerjaan (Holland,1992) termasuklah personaliti seseorang dalam pekerjaan yang berbeza, kerja yang telah dilakukan dan kesesuaian  pekerjaan kepada individu yang berbeza.

3)      Lakaran pemikiran tentang pekerjaan (cognitive maps of occupation)
Membentuk bagaimana remaja dan orang dewasa membezakan pekerjaan ke dalam dimensi utama khususnya maskulin/feminine, tahap pekerjaan berprestij dan bidang pekerjaan.
4)      Ruang sosial
Merujuk kepada zon penerimaan alternatif dalam setiap lakaran pemikiran tentang pekerjaan seseorang atau pandangan setiap orang tentang di mana dia sesuai atau mahu menyesuaikan diri dalam masyarakat.
5)      Batasan
Mencerminkan proses di mana individu berfikiran sempit apabila membuat keputusan tentang ruang social atau penerimaan alternatif.