Friday, 28 December 2012

Buat Sesuatu Sebelum Terlambat


Apabila anda mendengar senikata lagu ini cuba pejamkan mata anda seketika sehingga lagu ini tamat. Lupakan kesibukan anda sekarang. Bayangkan anak-anak anda di rumah.... Sebelum anda ke pejabat tadi dia masih lagi tidur. Adakalanya bila anda sampai ke rumah nanti dia sudah pun masuk tidur. Anda hanya berpeluang bergurau senda dengannya hanya pada hari minggu dan pada hari-hari cuti tertentu sahaja.

Tiba-tiba hari ini, ketika anda sedang sibuk di pejabat, menguruskan kerja-kerja anda yang tak pernah habis, anda menerima satu panggilan telefon yang memberitahu anak anda telah ditimpa kemalangan dan dia telah tidur buat selama-lamanya........

No comments:

Post a Comment