Pernah tak korang jumpa hantu raya sebelum ni???
Pernah tak korang rasa seram sejuk je dan berdiri bulu roma??
Pengalaman ni aku alami sendiri masa aku kat kolej. Masa tu aku semester 4. Aku sebilik dengan budak kos matematik time tu. Nak dijadikan cerita, time tu aku tidur lewat gak la. Kebiasaannya pun tidur lewat gak, almaklumlah....roomate aku pula suka tidur awal.
Malam tu entah kenapa selepas tutup je laptop, aku rasa seram sejuk je, bulu roma pun dah berdiri..
Aku tolak lapy aku kat penjuru katil tepi bantal, lepas tu aku selimut seluruh tubuh.
Aku rasa macam ada benda tak kena je kat bilik aku masa tu. Aku pun buka selimut balik, aku pandang sekeliling bilik. kot2 ada hantu ke...saje nak check. huhu. Keadaan masa tu dalam gelap sebab kitaorang biasa tutup lampu time tidur. Bila aku tengok sekeliling, takda apa-apa pun yang tak kena.
Lepas tu aku selimut balik sambil tidur dalam keadaan biasa.....orang kata orang perempuan tak baik tidur terlentang. tapi aku xberapa selesa tidur posisi lain. Tiba-tiba masa aku nak tidur, langsir kat tepi aku macam bergerak2 di tiup angin. Padahal aku dah tutup tingkap. Aku dengan beraninya buka selimut, lagipun panas. Ku buka perlahan-lahan mata dan lihat xda apa-apa pun.
Aku tutup balik mata....tiba-tiba aku rasa badan aku tak boleh nak bergerak. Rasa macam kena tindih. Sebelum ni pun aku pernah kena tindih. Aku cuba sedaya upaya untuk baca ayat-ayat Quran tapi xboleh nak sebut.
Beberapa saat kemudian, aku rasa macam ada sesuatu yang melalui mukaku...rasa macam sesuatu yang berbulu. Masa tu aku tak dapat nak buat apa-apa dengan keadaan ditindih. Lepas je dia lalu kat muka, dia pergi pula kat perut. Lgipun masa tu terselak sikit, biasa la kan. Kat situ pun rasa macam benda berbulu... Takut sangat time tu.... benda tu sekejap je. Dalam 2/ 3 minit lepas tu, aku dah boleh menyebut ayat-ayat suci...mungkin benda tu dah takda kot. Serammmmm sangat2 masa tu.. bila dah boleh bergerak, aku tidur mengiring dan membaca ayat kursi sampai aku tertidur.
Keesokan pagi, bila aku tanya roomate aku, dia kata takda apa-apa pun semalam. Maknanya aku je yang kena.... Lepas tu roomate aku citer yang rumah kitaorang memang keras sikit. Benda-benda macam ni pernah terjadi dulu-dulu. Walau macam manapun, aku harap sangat benda2 macam nji tak terjadi lagi kat aku. Serammmmmmmmmm..
No comments:
Post a Comment