
Saturday, 24 November 2012
(◕‿◕) "Saya Sayangkan Ibu" (◕‿◕)
(◕‿◕)
"Saya Sayangkan Ibu" (◕‿◕)
Bila
dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila
lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila
keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata
mak , perkataan pertama yang aku
sebut
, Mak .
Bila
bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila
nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila
nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila
nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila
sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila
nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila
merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila
melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila
takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila
nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku
selalu teringatkan , Mak .
Bila
sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila
serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila
bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila
takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila
sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila
nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila
buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila
ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang
masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang
selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau
balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang
selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang
selalu berleter kat aku , Mak .
Yang
selalu puji aku , Mak .
Yang
selalu nasihat aku , Mak .
Bila
nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
Aku
ada pasangan hidup sendiri .
Bila
serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila
sedih , aku cari , Mak .
Bila
berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila
gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila
bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila
berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila
nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila
sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila
sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila
sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu
, Aku ingat pasanganku !
Selalu
, Mak ingat kat aku !
Bila-bila
, Aku akan telefOn pasanganku !
Entah
bila , aku nak telefOn mak !
Selalu
, aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah
bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Renungkan
:
"
Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
"
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai
air mata jika kita mendengarnya .
Tapi
kalau mak sudah tiada .
"
MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa
ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa
ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa
ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa
ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa
ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa
ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan
akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
Friday, 23 November 2012
UBAT BAGI HATI
Sedar
atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana
mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi
ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang
merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan
padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya
hilang.
Inilah
manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan
dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung,
kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.
1.
Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka
melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi
hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat
bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah
2.
Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki
perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak
menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti
ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan
3.
Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu
apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu
mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram
ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal
4.
Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia
berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia
seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan
itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa
tawadhuk.
5.
Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan
pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran
6.
Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai
aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia
itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai
Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah
mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.
7.
Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak
menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah
menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan
kurang.
Demikianlah
beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua,
amin..
rujukan daripada http://www.ustazamin.com/2008/10/motivasi-iman-2-ubat-hati.html
Saturday, 17 November 2012
TEORI KEWUJUDAN
PANDANGAN TERHADAP SIFAT SEMULAJADI MANUSIA
Kesedaran Diri
Memang
terdapat sekatan atau batasan yang bercorak biologi dan persekitaran terhadap
kebebasan manusia. Walau bagaimanapun, dalam batasan-batasan ini manusia masih
mempunyai pilihan tertentu. Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari daripada
batasan biologi dan persekitaran dalam setiap langkahnya. Contohnya, sikap
malas,lembab, masalah kesihatan, kemiskinan dan pelbagai sekatan lagi. Walaupun
begitu, manusia masih mempunyai banyak alternative untuk mendapatkan sesuatu
yang terbaik dalam kehidupannya.
Tanggungjawab
Kita
tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk memilih kerana kita selalu membina
diri kita melalui pilihan-pilihan yang kita lakukan. Kesedaran tentang
tanggungjawab ini selalunya menghasilkan kerisauan dan bagaimana kita
mengendalikan kerisauan ini sangat berkait dengan identiti kita sendiri
(Frankl,1962). Pada hakikatnya, manusia hidup untuk memikul pelbagai
tanggungjawab . lazimnya manusia akan sentiasa risau dan bimbang kerana tidak
dapat menjalankan tanggungjawab. Selain tanggungjawab untuk diri sendiri, kita
mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan dan juga sesame manusia. Sekiranya
tanggungjawab tidak dapat ditunaikan, manusia akan sentiasa berada dalam
kerisauan.
Kebebasan
Dalam
menghadapi situasi yang mungkin tidak mempunyai makna ini, kita menyedari akan
kebebasan semula jadi yang ada pada diri kita untuk memilih sikap terhadap
situasi tertentu dan juga tindakan yang akan kita lakukan (Frankl,1962). Ini
bermakna walaupun terdapat batasan atau sekatan dalam kehidupan kita, kita
masih mempunyao kebebasan untuk memilih sikap dan tindakan. Kebebasan semula
jadi ini perlu digunakan sebaiknya kerana itu adalah hak kita. Jika kita tidak
memilih sikap dan tindakan yang bijak maka kita menemui jalan buntu atau
menambahkan lagi masalah kita.
Mencari Identiti dan Hubungan
dengan Orang Lain
Setiap
manusia ingin mencari identiti diri. Sebagai makhluk perhubungan, manusia
berusaha untuk mencari hubungan dengan orang lain. Terapis kewujudan percaya
apa yang menjadi masalah kepada manusia adalah kebanyakan manusia mendapat
arahan, jawapan, nilai dan kepercayaan dari orang-orang penting dalam hidup
kita.seharusnya manusia percaya kepada diri untuk mencari jawapan dalam diri
mengenai konflik yang kita hadapi bukan membukakan diri dengan menjadi apa yang
diharapkan oleh orang lain.
Pengalaman Keseorangan
Rasa
keseorangan ini datang apabila manusia mendapati ia tidak boleh bergantung
kepada orang lain untuk peneguhan kendiri. Oleh itu, kita perlu memberikan
makna kepada hidup kita dan kita sendiri
perlu membuat keputusan bagaimana kita harus hidup. Jika kita tidak dapat
bertoleransi dengan diri kita apabila kita berseorangan, bagaimana kita
mengharapkan orang lain mendapat sesuatu daripada kehadiran kita bersama
mereka. Sebelum kita dapat membina hubungan baik dengan orang lain, kita perlu
membuat perhubungan dengan diri kita sendiri. Kita perlu belajar untuk dengar
kepada diri kita. Kita perlu dapat berdiri berseorangan sebelum berdiri sebelah
orang lain.
Pengalaman Berhubungan
Manusia
bergantung kepada perhubungan dengan orang lain. Kita ingin signifikan kepada
dunia orang lain dan kita ingin merasakan kehadiran orang lain adalah penting
di dalam dunia kita. Apabila kita dapat berdiri berseorangan dan mendalami diri
untuk mendapat kekuatan, hubungan kita dengan orang lain adalah berasaskan
untuk memenuhi sesuatu. Terapis boleh mencabar klien untuk memeriksa apa yang
ia dapati daripada perhubungan, bagaimana ia menolak kontak keintiman,
bagaimana ia mengelak daripada membina hubungan sama jenis dan bagaimana ia
hendak membina hubungan yang teraputik, sihat dan matang dengan orang lain.
9 TIPS REDAKAN SAKIT HATI SETELAH PUTUS CINTA

Tak ada orang yang tidak merasakan sakit
setelah putus cinta, terlebih lagi jika kita berada di pihak yang diputuskan
kekasih. Untuk beberapa orang, putus cinta bahkan bisa meninggalkan luka
mendalam yang sukar hilang dan berlangsung lama.
Putus cinta memang menyakitkan, tapi cubalah
untuk tidak terjebak dalam kesedihan berlarut-larut. Dilansir Your Romance
Guide, ada sembilan cara yang bisa dilakukan untuk meredakan sakit hati setelah
putus cinta:
1. Jangan Bertemu dengan Mantan Kekasih
Sementara Waktu
Setelah putus cinta, hindari bertemu atau
berhubungan dengan mantan kekasih Anda. Perasaan sayang yang masih ada mungkin
mendorong Anda untuk menelepon, mengirim pesan teks atau bertemu dengannya.
Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus
benar-benar putus hubungan dengan sang mantan, setidaknya untuk beberapa bulan
untuk menyembuhkan sakit hati.
2. 'Nikmati' Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita
kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu berarti sebuah
tanda bahwa Anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika Anda ingin
menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega.
Rasa sakit setelah putus cinta bisa menginspirasi Anda untuk mengerjakan
sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah Anda lakukan sebelumnya.
3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka karena putus
cinta dan melupakan mantan adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan
memikirkan mantan kekasih jika tidak memberi kesempatan otak untuk
mengingatnya. Cobalah aktif terlibat dalam berbagai kegiatan. Pilih aktifitas
yang Anda senangi. Tidak hanya menyegarkan pikiran, banyak beraktifitas juga
mengalihkan pikiran Anda dari sang mantan.
4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman
Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit
hatinya Anda setelah putus cinta. Tapi bukan berarti Anda bisa membicarakannya
ke setiap orang yang Anda temui. Bukannya bersimpati, tindakan ini justru bisa
membuat teman-teman menjauhi Anda. Bijaklah dalam menyikapi 'tragedi' putus
cinta Anda. Bicaralah hanya pada teman atau orang yang dekat dengan Anda, cukup
mengerti Anda dan mau mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika
orang tersebut bisa menenangkan, mencarikan solusi dan mendorong Anda untuk
melanjutkan hidup.
5. Tumpahkan Perasaan Anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan bisa
jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan
semua rasa sakit, frustasi dan kemarahan Anda dalam buku harian, secarik kertas
atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke grup email atau jejaring sosial).
Setelah sembuh dari masa
lalu menyakitkan, Anda bisa membacanya kembali
sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan
pasangan berikutnya.
6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu tehnik lama untuk
relaksasi dan mengendurkan pikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam
kamar, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan.
Sambil relaksasi, Anda bisa menjauhkan hal-hal negatif dari pikiran Anda.
Nyalakan lilin aromaterapi dan
musik instrumental untuk menambah perasaan
tenang saat relaksasi.
7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak maupun adik mungkin adalah
orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan Anda. Mereka akan selalu
berada di sisi Anda saat senang maupun susah. Saat menjalin hubungan asmara
dengan mantan kekasih, mungkin Anda tidak menyediakan banyak waktu untuk
keluarga. Inilah saatnya Anda banyak mencurahkan waktu dan berkumpul bersama
keluarga. Coba ajak mereka rekreasi, atau sekedar makan malam bersama.
Kehangatan keluarga merupakan obat paling manjur untuk
menyembuhkan luka.
8. Fokus pada Karier
Jangan sampai kesedihan mengganggu performa
kerja Anda. Mungkin akan sulit berkonsentrasi kerja saat kita didera masalah.
Tapi cubalah untuk menjadikan karir sebagai prioritas dalam hidup Anda. Dengan
fokus dalam bekerja, tak hanya membantu Anda melupakan sakit hati, tapi juga
meningkatkan performa kerja Anda di kantor.
9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit karena putus cinta memang
bukan hal mudah. Karena itu, Anda perlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa
lama. Jangan langsung mencuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk
pelarian.
TOP 10 MAKANAN PEMBAKAR LEMAK
1.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik
dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan
metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet
dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan
berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium
sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium.
2.Omega 3 Ikan.
Ia merupakan sumber protien yang sangat baik
dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu
membakar kalori dan menurunkan selera makan.
3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan
protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan
peratusan lemak badan anda.
4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang,
contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu
makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih
banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam
tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik.
5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang
seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia
juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan.
6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda
memecahkan lemak yang berlebihan.
7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk
membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa
kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar
air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda.
8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia
merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan
membantu membakar kalori.
9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran
Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga
boleh membantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda.
10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah
untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri
anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan
kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan
lemak.
Rujukan;http://go-go-healthy.blogspot.com/2011/07/top-10-senarai-sayur-sayuran-yang-sihat.html
Thursday, 15 November 2012
BAKI SUSU MUDARAT?

PENGAMALAN tabiat ini bukanlah sekadar rekaan, namun dapat dilihat dengan ketara tatkala pembekalan susu ke sekolah-sekolah rendah kawasan luar bandar yang dilaksanakan menerusi Program Susu 1Malaysia (PS1M).Menganggapnya sebagai minuman mahal, menyebabkan ada sesetengah murid mengamalkan tabiat berkenaan, tanpa menyedari bahawa perlakuan itu sebenarnya mendedahkan mereka kepada bahaya!
Tabiat minum sedikit dan simpan dalam tempoh penyimpanan agak panjang berpotensi mendedahkan susu kepada penyerangan bakteria.Ini akan mengakibatkan kerosakan susu dan berupaya menyebabkan seseorang itu mengalami tanda-tanda klinikal seperti cirit-birit dan muntah.
"Apabila diberikan susu UHT (pek menggunakan kotak), kepada murid-murid, mereka seharusnya minum sehingga habis. Sekiranya mengalami kesukaran untuk menghabiskannya, mereka perlu buang dan tidak boleh simpan.
"Ini kerana susu yang terdedah berpotensi kepada penyerangan bakteria. Dan perkara penting harus diketahui ialah bakteria tidak akan berhenti membiak biarpun susu itu ditutup kembali," kata Pengurus Hal Ehwal Korporat Dutch Lady Milk Industries Bhd, Mohd. Afizi Mohd. Ross.
Program PS1M yang digerakkan kembali selepas pemberhentiannya pada 2007, memberi manfaat kepada seramai 1.53 juta murid sekolah dari 7,613 sekolah seluruh negara.
Bagi menjayakan program ini, sebanyak empat pembekal dilantik iaitu, Dutch Lady Milk Industries, Sabah International Dairies Sdn Bhd (SiD), Konsuma Sdn Bhd (Konsuma) dan Hybrid Allied Sdn Bhd (Hybrid).
Peti ais penyelamat?
Biarpun begitu, ada berpendapat bahawa susu yang telah dibuka akan sentiasa berada dalam keadaan "selamat", tidak diserang bakteria, kerana disimpan dalam peti sejuk.
Walhal, realitinya menunjukkan sebaliknya.Harus diingat, penyimpanan susu dalam tempoh agak lama dalam peti sejuk tetap menyebabkan bakteria menyerang, kerana konsepnya tetap sama yakni menjurus kepada pembiakan bakteria sebaik sahaja susu itu dibuka.
"Kalau bakteria sudah masuk ia tidak akan keluar biarpun anda menutupnya dan menyimpannya dalam peti sejuk. Pembiakan bakteria tetap akan berlaku, cuma mungkin suhu sejuk melambatkannya," katanya kepada Bernama.
Disebabkan itulah, dinasihatkan susu yang telah dibuka, tidak kira sama ada dalam bentuk UHT (pek menggunakan kotak), STM (pek menggunakan botol), perlu dihabiskan secepat mungkin.
Tarikh luput
Dalam pada itu, agak menyedihkan apabila diberitahu masih ramai beranggapan bahawa susu yang telah dibuka masih segar dan selamat diminum, syaratnya ia mesti tidak melebihi daripada tarikh luput ditetapkan.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa pemahaman dan persepsi anda berhubung perkara itu adalah silap sama sekali.
Sekiranya tidak, mengapakah susu itu boleh "basi" sebelum melepasi tarikh luput?Mohd. Afizi berkata senario itu berpunca daripada penyerangan bakteria, dan atas faktor itulah susu perlu dihabiskan secepat mungkin tanpa mengira bila tarikh luputnya.
"Sebenarnya, tarikh luput adalah merujuk kepada tarikh yang belum dibuka, itu jangka hayat bagi produk susu. Contoh, saya membeli satu produk susu yang belum lagi melepasi tarikh luput.
"Kemudian, saya buka susu itu dan minum separuh. Dan, saya tidak boleh lagi merujuk kepada tarikh luput berkenaan dan perlu habiskan susu itu secepat mungkin," katanya.Masih ramai mempunyai persepsi bahawa pengambilan susu semasa perut 'kosong' sudah mencukupi.
Walhal, penggantungan seratus peratus kepada susu dengan perut kosong boleh mendedahkan seseorang itu kepada simptom klinikal.Disebabkan itulah, amalan minum susu dinasihatkan diambil selepas sarapan mahupun makan tengah hari.Keadaan ini akan bertambah parah, sekiranya seseorang itu mengalami masalah 'intoleransi laktosa'.
Merupakan satu keadaan di mana seseorang itu tidak berkeupayaan untuk mencerna dan menyerap laktosa (gula dalam susu), ia akan menyebabkan sakit perut, rasa mual dan kembung perut apabila mengambil makanan/produk tenusu."Situasi ini disebabkan oleh tubuh yang kurang atau tidak mampu mengeluarkan enzim lactase (enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh sel-sel di dalam usus kecil) yang bertugas memecahkan gula susu untuk menjadi bentuk yang lebih mudah diserap oleh tubuh," katanya.
Sekiranya proses ini tidak berupaya dicerna dengan baik, ia boleh menyumbang kepada keracunan makanan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka yang menghadapi intoleransi laktosa tidak boleh minum susu.Disarankan minum susu dalam kuantiti sedikit pada peringkat awal selain diambil bukan dengan perut kosong, lama-kelamaan ia (intoleransi laktosa) akan berkurangan.
"Semasa pemberian susu ke sekolah-sekolah, kami (Dutch Lady) akan pantau sekiranya murid ada intoleransi laktosa." Ini kerana, ada murid yang tidak pernah minum susu tidak tahu mereka mempunyai masalah berkenaan," katanya.
Masih rendah
Semua ini menunjukkan tatacara mahupun amalan minum susu dengan cara betul dalam kalangan masyarakat negara ini khususnya kanak-kanak masih rendah.Mungkin disebabkan ia kurang diberi pendedahan berbanding negara seperti Eropah akan tatacara yang betul dalam pengambilan susu sebagai diet harian.
Terdapat juga anggapan bahawa susu hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak dan bukannya orang dewasa. Ini dapat diperjelaskan lagi menerusi kajian Malaysian Adult Nutrition Survey (Mans) yang dijalankan pada 2002/2003.
Hasil kajian itu mendapati, golongan dewasa hanya mengambil susu sebanyak 0.14 gelas sehari berbanding hidangan yang dicadangkan oleh piramid makanan iaitu 1-3 gelas sehari.
"Mengambil tahu tentang cara pengambilan susu yang betul adalah amat penting terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya simptom-simptom klinikal dan sebagainya," katanya. — BERNAMA
ARTIKAL PENUH BOLEH DILIHAT PADA HALAMAN:-
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121101/kn_01/Baki-susu-bawa-mudarat#ixzz2CMShYKw4
© Utusan Melayu (M) Bhd
DESTINASI PELANCONGAN YANG MENARIK!!!
PERLIS
PADANG BESAR

Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini
merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia
yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui
pekan ini dan begitu juga sebaliknya. Stesen keretapi di sini menpunyai
platform yang panjang yang dijaga oleh pihak berkuasa Malaysia di satu hujung
dan pihak berkuasa Thailand di hujung yang satu lagi. Selain dari pusat
pemeriksaan Kastam dan beberapa papan tanda di sini, amat susah untuk membezakan
di mana sebenarnya sempadan tersebut kerana kedua-dua negara mempunyai budaya
yang hampir sama.
Berjalan melewati stesen dan landasan keretapi ini akan
membawa anda ke Pekan Siam iaitu 'syurga' bagi mereka suka tawar menawar harga
barangan. Pekan ini dipenuhi barangan seperti kain, hasil kraftangan, makanan,
buah-buahan dan pelbagai cenderahati. Jangan hairan sekiranya penduduk tempatan
memanggil Padang Besar 'Padang Besaq' kerana ini adalah mengikut loghat
tempatan mereka.

Cara termudah untuk ke Padang Besar ialah dengan menaiki
keretapi malam KTM iaitu Ekspres Langkawi dari stesen Sentral di Kuala Lumpur.
Ekspress Langkawi bertolak setiap hari kira-kira jam 8 malam menuju ke Padang
Besar dan perjalanan memakan masa selama lebih-kurang 10 jam. Batu Pahat dan
Kangar yang terletak hanya 10km dari sini menawarkan hotel bertaraf 2 dan
3-bintang.
UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK,
SILA LAWATI LAMAN INI --> http://destinasipelancongandimalaysia.blogspot.com/
RAHSIA BULAN KELAHIRAN
KEPADA PEMBACA,
dimaklumkan bahawa tidak semua peribadi yang dinyatakan adalah benar mengenai diri anda. Oleh itu...jangan jadikan rahsia bulan kelahiran ini sebagai panduan atau ramalan kerana tidak seratus-peratus tepat. Ramalan adalah dilarang sama sekali dalam islam bagi yang muslim. Oleh itu, jadikan ini sebagai pengetahuan sahaja supaya kita dapat menilai perwatakan orang lain. Jangan riak dengan perkara yang ada pada diri kita sebaliknya banyakkan bersyukur dan cuba berubah ke arah yang lebih baik...... :)
JANUARI
- bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
- peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
- suka smart, kemas dan teratur
- sensitif, berfikiran mendalam
- pandai mengambil hati orang lain
- pendiam kecuali setelah dirangsang
- agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
- mudah mendisiplinkan diri sendiri
- badan sehat tetapi mudah diserang selesema
- bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
- cukup sayang kepada kanak-kanak
- suka duduk di rumah
- setia pada segalanya
- rajin belajar dan kemahiran sosial
- sikap cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
- berfikiran abstarak
- sukakanbenda yang realiti dan abstrak
- inteligent, bijak dan genius
- berpersonaliti yang mudah berubah
- mudah menawan orang lain
- agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- jujur dan setia pada segalanya
- keras hati untuk mencapai matlamat
- tidak suka dikongkong
- mudah memberontak jika dikongkong
- suka kegiatan lasak
- emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- mudah mempamirkan marahnya
- tidak suka kepada benda remeh temeh
- suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
- sangat berani dan suka memberontak
- bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
- pemerhatian yang tajam
- suka hiburan dan sukan
- suka benda yang bersifat seni
- sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
- berkecenderungan kepada benda yang tahyul
- amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
- berpersonaliti menarik dan menawan
- mudah didampingi
- sangat pemalu dan pemendam rasa
- sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
- sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- suka pada kedamaian
- sangat peka kepada orang lain
- sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- tidak cepat marah dan sangat amanah
- tahu balas budi dan kenang budi
- pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
- suka berangan-angan
- suka melancong
- sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- kelam kabut dalam memilih pasangan
- suka dengan hiasan rumahtangga
- punya bakat seni dalam bidang muzik
- kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody
APRIL
- sangat aktif dan dinamik
- cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
- sangat menarik dan pandai manjakan diri
- punya daya mental yang sangat kuat
- suka dapat perhatian
- sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
- sangat berani dan tiada perasaan takut
- suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
- emosi cepat terusik jika tidak terkawal
- berkecenderungan bersifat dendam
- agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
- kuat daya ingatan
- gerak hati yang sangat kuat
- pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- berpenyakit di sekitar kepala dan dada
- sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
- keras hati dan degil
- kuat semangat dan bermotivasi tinggi
- pemikiran tajam
- mudah marah jika tidak dikawal
- pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
- perasaan yang sangat mendalam
- cantik dari segi mental dan fizikal
- tidak perlu dimotivasikan
- tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- mudah dipujuk
- bersikap sistematik ( otak kiri )
- suka berangan
- kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
- mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
- daya khayalannya tinggi
- pemikiran yang tajam
- pandai berdebat
- fizikal yang baik
- suka sastera, seni, muzik dan melancong
- tidak berapa suka duduk dirumah
- tidak boleh duduk diam
- tidak punya ramai anak
- rajin dan bersemangat tinggi
- agak boros
JUN
- berfikiran jauh dan berwawasan
- mudah ditawan kerana sikap baik
- perangai lemah lembut
- mudah berubah sikap, sangat banyak idea
- bersikap sensitif
- otak sentiasa aktif berfikir
- sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
- sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
- cepat marah dan cepat sejuk
- suka bercakap dan berdebat
- suka buat lawak dan bergurau
- otak cerdas dan berangan-rangan
- mudah dan pandai berkawan
- orangnya sangat tertib
- pandai mempamerkan sikap
- mudah kecil hati
- mudah terkena selesema
- suka berkemas
- cepat rasa bosan
- kurang pamerkan perasaan
- lambat sembuh bila terluka hati
- suka barangan berjenama
- mudah jadi eksekutif
- kedegilan yang tidak terkawal
- siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya
JULAI
- seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
- agak pendiam kecuali diransang
- ada harga dan maruah diri
- tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
- mudah dipujuk dan bersikap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
- berjiwa sentimental
- kurang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda remeh temeh
- membimbing cara fizikal dan mental
- sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
- layanan serupa kepada semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang tajam
- suka manilai orang lain dengan pemerhatian
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa atau kawan lama
- suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif kecuali terpaksa
- lemah dari kesihata bahagian perut
- mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
- minta disayangi
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja
OGOS
- suka berlawak
- mudah tertawan kepadanya
- sopan santun, caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut
- agak tegas dan bersifat berkepimpinan
- pandai memujuk
- terlalu pemurah dan bersikap ego
- nilai harga diri sangat tinggi
- dahagakan pujian
- semanagt juang yang luar biasa
- cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
- sangat cemburu
- daya permehatian tajam dan teliti
- cepat berfikir dan berdikari
- suka memimpin juga dipimpin
- suka barangan-angan
- berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
- sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
- mudah mendapat penyakit
- sentiasa belajar untuk relax
- kelam kabut
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
SEPTEMBER
- sangat besopan santun dan betolak ansur
- sangat cermat, teliti, dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tetapi pandai bercakap
- sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
- sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
- sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
- banyak berfikir
- daya penakakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- mengawal diri dari selalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
- sukakan sukan, hiburan, dan melancong
- kurang menunjukkan perasaan
- lama menyimpan jika terluka hati
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- bersistematik
OKTOBER
- suka sembang
- suka orang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
- sentiasa berkawan
- hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
- cepat marah
- macam pentingkan diri sendiri
- tidak menolong orang jika tidak diminta
- suka melihat dari perspektif sendiri
- tidak suka terima pandangan orang lain
- emosi mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
- suka melancong, bidang sastera, dan seni
- pengasih, penyayang, dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- orang yang adil
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- mudah patah semangat
NOVEMBER
- banyak idea dalam sesuatu perkara
- perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
- otak dan pemikiran yang sangat tajam
- cara berfikir lain dari orang lain
- berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
- sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
- daya firasat sangat halus dan tinggi
- bagus sebagai doktor
- cermat dan teliti
- personaliti dinamik
- tidak hargai pujian
- bercita-cita tinggi
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
- sangat rajin dan berkemampuan tinggi
- kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
- pandai mendorong diri sendiri
- berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
- mudah ambil berat terhadap orang lain
- tak suka marah kecuali tergugat
- pandai muhasabah diri
- romantik
- tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
- seronok didampingi
- pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
- suka bercampur dengan orang
- suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
- sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- cepat marah
- sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
- perangai yang berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- benci pada kongkongan
sekian...selamat membaca page lain. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)