Kesedaran Diri
Memang
terdapat sekatan atau batasan yang bercorak biologi dan persekitaran terhadap
kebebasan manusia. Walau bagaimanapun, dalam batasan-batasan ini manusia masih
mempunyai pilihan tertentu. Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari daripada
batasan biologi dan persekitaran dalam setiap langkahnya. Contohnya, sikap
malas,lembab, masalah kesihatan, kemiskinan dan pelbagai sekatan lagi. Walaupun
begitu, manusia masih mempunyai banyak alternative untuk mendapatkan sesuatu
yang terbaik dalam kehidupannya.
Tanggungjawab
Kita
tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk memilih kerana kita selalu membina
diri kita melalui pilihan-pilihan yang kita lakukan. Kesedaran tentang
tanggungjawab ini selalunya menghasilkan kerisauan dan bagaimana kita
mengendalikan kerisauan ini sangat berkait dengan identiti kita sendiri
(Frankl,1962). Pada hakikatnya, manusia hidup untuk memikul pelbagai
tanggungjawab . lazimnya manusia akan sentiasa risau dan bimbang kerana tidak
dapat menjalankan tanggungjawab. Selain tanggungjawab untuk diri sendiri, kita
mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan dan juga sesame manusia. Sekiranya
tanggungjawab tidak dapat ditunaikan, manusia akan sentiasa berada dalam
kerisauan.
Kebebasan
Dalam
menghadapi situasi yang mungkin tidak mempunyai makna ini, kita menyedari akan
kebebasan semula jadi yang ada pada diri kita untuk memilih sikap terhadap
situasi tertentu dan juga tindakan yang akan kita lakukan (Frankl,1962). Ini
bermakna walaupun terdapat batasan atau sekatan dalam kehidupan kita, kita
masih mempunyao kebebasan untuk memilih sikap dan tindakan. Kebebasan semula
jadi ini perlu digunakan sebaiknya kerana itu adalah hak kita. Jika kita tidak
memilih sikap dan tindakan yang bijak maka kita menemui jalan buntu atau
menambahkan lagi masalah kita.
Mencari Identiti dan Hubungan
dengan Orang Lain
Setiap
manusia ingin mencari identiti diri. Sebagai makhluk perhubungan, manusia
berusaha untuk mencari hubungan dengan orang lain. Terapis kewujudan percaya
apa yang menjadi masalah kepada manusia adalah kebanyakan manusia mendapat
arahan, jawapan, nilai dan kepercayaan dari orang-orang penting dalam hidup
kita.seharusnya manusia percaya kepada diri untuk mencari jawapan dalam diri
mengenai konflik yang kita hadapi bukan membukakan diri dengan menjadi apa yang
diharapkan oleh orang lain.
Pengalaman Keseorangan
Rasa
keseorangan ini datang apabila manusia mendapati ia tidak boleh bergantung
kepada orang lain untuk peneguhan kendiri. Oleh itu, kita perlu memberikan
makna kepada hidup kita dan kita sendiri
perlu membuat keputusan bagaimana kita harus hidup. Jika kita tidak dapat
bertoleransi dengan diri kita apabila kita berseorangan, bagaimana kita
mengharapkan orang lain mendapat sesuatu daripada kehadiran kita bersama
mereka. Sebelum kita dapat membina hubungan baik dengan orang lain, kita perlu
membuat perhubungan dengan diri kita sendiri. Kita perlu belajar untuk dengar
kepada diri kita. Kita perlu dapat berdiri berseorangan sebelum berdiri sebelah
orang lain.
Pengalaman Berhubungan
Manusia
bergantung kepada perhubungan dengan orang lain. Kita ingin signifikan kepada
dunia orang lain dan kita ingin merasakan kehadiran orang lain adalah penting
di dalam dunia kita. Apabila kita dapat berdiri berseorangan dan mendalami diri
untuk mendapat kekuatan, hubungan kita dengan orang lain adalah berasaskan
untuk memenuhi sesuatu. Terapis boleh mencabar klien untuk memeriksa apa yang
ia dapati daripada perhubungan, bagaimana ia menolak kontak keintiman,
bagaimana ia mengelak daripada membina hubungan sama jenis dan bagaimana ia
hendak membina hubungan yang teraputik, sihat dan matang dengan orang lain.
Terima kasih atas penerangan yang sangat baik.Ia sangat membantu saya untuk faham tentang teori kewujudan.
ReplyDelete